Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran

Salam semua..

Sempena Syawal yg bakal menjelma ni..aku ingin mengucapkan  
Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua..

Moga2 dgn kedatangan Syawal ini akan memberi keberkatan kepada semua..





Sunday, September 6, 2009

Nuzul Al Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya esok dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Bermulanya 17 Ramadhan ni membawa maksud kita telah menginjak ke hari nuzul al-Quran di mana berlakunya Lailatul Qadar..

Bagaimana bermulanya peristiwa nuzul al-Quran?

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Moga2 dgn tibanya Lailatul Qadar ni akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita utk beribadat kepadaNya... InsyaAllah...


Saturday, September 5, 2009

Under Construction..

As u can see now... my blog dah bertukar wajah.. Tapi ini masih lagi dalam proses baikpulih.. huhu.. Byk lagi yg aku xmasukkan.. Hopefully..uols still sudi melawat blog aku yg sudah lama tak diusik nih..hehe..

Ape2 update aku akan masukkan kemudian eh.. coz mase yg ada masih tak mengizinkan..




Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 kepada semua rakyat Malaysia..







Blog Widget by LinkWithin

Thursday, May 14, 2009

Yuhuuu...



Yuhuuu...
Dah lama rasanya aku tak update blog ni kan..
Bukan setakat berhabuk bersawang..
Dah jadi mcm rumah berhantu je.. hahaha..
Ape crita uols smua??
Masih sudi ke lawat blog aku ni?? hehe..
Mesti jenuh nak tiup sawang yg dah bermastautin dlm blog aku ni kan..huhu..
Aku teramatlah busy sampai tak sempat dah nak update blog ni..
Bukannya dah lupa terus pd blog ni ok..
Nak story dr aku??
Nantilah aku cari masa yg sesuai utk kasi story best pd uols smua..
Buat masa ni xsempat lagi eh..
Sorry ya..




Blogger Templates by iezpdaus Design