~ SALAM AIDILFITRI ~
Wednesday, September 8, 2010
Salam Aidilfitri
~ SALAM AIDILFITRI ~
Talk About AidilFitri
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/08/2010 10:00:00 PM 0 Comment(s)
Saturday, September 19, 2009
Salam Lebaran
Salam semua..
Talk About AidilFitri
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/19/2009 03:46:00 PM 0 Comment(s)
Wednesday, October 1, 2008
AidilFitri
Wahhh..best.. arini smua umat Islam menyambut hari yg gembira iaitu Aidilfitri setelah sebulan lamanya berpuasa.. AIDILFITRI adalah hari kebesaran penuh kemuliaan dalam Islam dihadiahkan kepada umat Nabi Muhammad atas kejayaan melaksanakan ibadat puasa Ramadan. Sesuai dengan kedudukan hari mulia, Aidilfitri hendaklah disambut mengikut tuntutan syariat. Sungguh jauh berbeza antara Aidilfitri disambut sebagai ibadat dengan yang berupa adat. Setiap ibadat adalah mengikut apa disyariatkan, sedangkan adat mengikut kebiasaan diamalkan sejak turun-temurun dalam masyarakat. Islam menganjurkan apa yang perlu dilakukan ketika Aidilfitri seperti dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sambutan Aidilfitri bermula sebaik berakhirnya ibadat puasa Ramadan apabila kelihatan anak bulan Syawal. Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda bermula sambutan Aidilfitri ialah melaungkan gema takbir. Firman Allah bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Amalan bertakbir daripada satu rumah ke satu rumah seperti diamalkan di sesetengah tempat memang baik. Selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk. Amalan itu hendaklah dilakukan dengan tertib dan ikhlas. Jangan hanya bertandang ke rumah tertentu dengan tujuan tertentu saja. Ada yang menyertai kumpulan takbir sekadar suka-suka dan berpeluang mengintai anak gadis. Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan kelebihan tersendiri. Berpandukan maksud hadis menjelaskan sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati. Banyak orang yang menyertainya sembahyang sunat tasbih, taubat dan hajat yang diadakan di masjid. Amalan itu memang baik sekali untuk menghidupkan malam Aidilfitri. Malang sekali banyak yang turut serta tanpa memahaminya. Dikatakan ibadat itu hanya tertentu pada malam Aidilfitri. Individu yang tidak turut serta dipandang serong kerana dianggap tidak melakukan sesuatu yang ‘wajib’ pada malam raya. Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti dilakukan Rasulullah SAW. Kemudian, disunatkan menghiasi diri dengan pakaian terbaik yang dimiliki, serta mengenakan wangian. Maksud pakaian terbaik bukan semestinya baru dibeli atau dijahit. Bagaimanapun, di kalangan masyarakat kita berpegang kepada maksud baju baru. Sebab itu, semua orang mesti berpakaian baru dengan alasan itu tuntutan agama. Malah, mereka bukan membuat sepasang baju baru untuk dipakai pada hari raya, tetapi sampai empat atau lima pasang. Sebelum turun ke rumah menuju masjid atau tempat lapang untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan. Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah. Rasulullah ketika menuju ke masjid menggunakan jalan lain dan ketika pulangnya pula melalui jalan lain. Melalui jalan berbeza adalah bertujuan supaya dapat bertemu dengan ramai jiran yang tinggal di sepanjang jalan itu. Ketika bertemu disunatkan mengucapkan salam dan tahniah. Sembahyang sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri. Sebenarnya, sambutan hari raya hanya pada 1 Syawal. Pada 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Bagaimanapun tidak dilarang untuk terus melakukan sambutan Aidilfitri selagi amalan itu tidak bertentangan syariat.
Talk About AidilFitri, Best Moment
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 10/01/2008 07:36:00 AM 0 Comment(s)
Tuesday, September 30, 2008
Selamat Menyambut Aidilfitri..
[This is sticky mode entry.. Pls scroll down for new entry..]

Kpd smua pembaca dan sahabat2,
Smoga amalan kita akan mendapat keredhaan dan diterima olehNya.. Amin..
Bg yg akan pulang ke kampung.. Berhati2 lah di jalan raya..
SELAMAT HARI RAYA AiDILFiTRi
MAAF ZAHiR & BATiN
Talk About AidilFitri, Best Moment
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/30/2008 08:00:00 AM 3 Comment(s)
Monday, September 29, 2008
Gelang itu
Hehehe..kasi aku gelak comey dulu.. Actually ari sabtu ngan ahad lepas aku ngan Mr Shark kuar shopping nak cari brg2 raya.. Merata tempat kitorang pegi.. Aku ni cerewet skit kalu nak pilih brg.. Sampai bebal jugak la dibuatnye Mr Shark dgn aku..hehe.. Tapi bebal2 pun die ikut gak mane aku pegi..
Tempat 1st kitorang pegi Rope Walk.. Nak carikan baju utk adik Mr Shark.. Mr Shark ni baik btul (hehe..puji skit).. Tiap2 tahun masti die ingat nak belikan baju slua utk adiknye.. Utk mak abah dah tentu la dihulurnye lebih awal.. Die jenis xberkira.. Lepas dah pusing2 kt Rope Walk kitorang pegi Queensbay Mall lak.. Kitorang pegi sane bkn ape.. Kt Jusco ade sale.. So kitorang serbu kt situ dulu lah.. Kt sini nak cari baju utk anak buah Mr Shark pulak.. Mr Shark ade anak buah baru sorang je.. Anak kakak die.. Punye la jenuh nak cari baju si kenit tu.. Lagi kecik baju utk bdk2 lagi mahal lak aku tgk dr baju org dewasa.. Nasib baik Jusco ade sale.. Lagipun byk pilihan.. So dpt la 2 pasang utk anak buahnye.. Satu aku pilih satu Mr Shark yg pilih..
Ape yg aku beli pulak eh.. Hehe.. Aku ade beli dua baju.. Actually Mr Shark yg belikan.. Sukeee...hehe.. Thanks pa..
Slain belikan baju Mr Shark ade blikan benda lain utk aku.. Sbenarnya pagi2 sebelum kuar aku ade bising2 kt die suruh belikan gelang.. Tapi aku xde la pulak maksudkan nak dlm mase tu jugak.. huhu.. Tapi betapa baiknye Mr Shark die belikan aku gelang.. Mula2 aku xnak coz harga die sampai 100.. Tapi die suruh amik gak. Lagipun ade diskaun skit.. So xde la sampai 100 kan.. hehe..
Talk About AidilFitri, Best Moment, Family
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/29/2008 03:45:00 PM 0 Comment(s)
Kad Raya
Wah..xsangka aku.. Ingatkan xde org nak kasi kad raya.. Rupenye ade yg masih mengingati.. Aku nak ucapkan terima kasih la byk2.. Kad raya yg pertama aku dpt dtgnye dr Atoi.. Atoi ni membe klas aku mase sekolah menengah.. Dulu kalu mase sekolah ade cikgu2 yg ingat kitorang ni kembar.. Kononnye muke seiras.. Ishh.. Kt mane yg same pun aku xtahu la.. Thanks Atoi utk kad raya kamu ini..hehe..
Actually setakat ni aku dah dapat 4 kad raya yg diposkan kt alamat penang.. Kalu umah yg kt Perak xtahu lah ade ke x.. Nanti blk br dpt tgk.. Ade jugak kad dari Mun.. Mai dr Perlis nun..hehe.. Xsempat lak aku nak snap pic nye. Nanti2 lah aku masukkan yer..
Aku jugak nak ucapkan thanks to Iefa (gf adik ipar aku..haha) dan Angah (adik Mr Shark + adik ipar aku..huhu).. Ingat gak diorang nak kasi kad raya kt aku ngan Mr Shark..
Agak2 nye ade lagi x kad raya yg akan sampai?? Hehe..
Talk About AidilFitri, Best Moment
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/29/2008 02:53:00 PM 0 Comment(s)
Thursday, September 25, 2008
Cuti Raya
Sob..sob..sob.. Korang dpt cuti brapa lama utk raya? Smlm mase aku jumpa kengkawan aku mase kt queensbay diorang smua ckp dpt cuti seminggu. Dats mean start senin ni diorang dh cuti la.. Tapi aku......
Isnin ni aku masih berjuang utk bekerja di ofis sedangkan ramai kwn2 sudah pulang utk beraya di kampung.. Sedihhhhh.. Ni smua psl bos aku la.. Kedekut nak kasi cuti.. Kononnye ikut polisi lah..kena tanya HQ lah.. Kalu nak cuti je mule la die suruh amik unpay leave... Mane bleh wooooo... hangin aku..
Tapi kalu aku ckp mmg nak amik unpay leave cepat je die ckp ok.. Puiisshhh...
Hmm..aku akan mula cuti start slasa.. Dats mean kurang sehari dr kwn2 aku.. Dah la ingat kalu dpt cuti awal bleh la buat kuih raya byk2.. Nampak gayenye xde harapan la.. Nasib baik kampung aku dekat je ngan penang (buat masa ni dekat lagi la..but xlame lagi jd jauh pulak la..huhu)..
Kalu sempat sabtu ahad ni aku akan blk kampung kejap.. Nak menjenguk sama ade baju raya aku dah siap ke blum.. Penah dulu...hehe..nak buke crite skit... Penah dulu baju raya aku xsiap.. Ni semua gara2 mak aku sibuk nak siapkan tempahan org.. Mlm raya tu mak aku pulun la siapkan baju aku lepas smua baju2 org lain dah siap.. Then, pagi raya tu kt kaki ngan tangan baju raya aku xberjahit lagi.. Ksian lak aku tgk mak aku kan.. So, aku sendiri lah yg menjahitnye.. Nasib baik reti gak menjahit..(alah..jahit silang pangkah je pun..haha..)..
Tapi rasanya dah siap kot baju raya aku.. Coz tahun ni mak aku xamik byk tempahan.. Nak rest katanya.. Lagipun bila usia makin meningkat mane lah larat nak jahit byk2..
Ape2 pun..bagi smua yg akan memulakan cuti raya sama ade start esok or sabtu dan nak balik kampung...Pesanan aku:
Berhati2 lah di jalan raya.. Ingatlah org tersayang..
Khidmat pesanan masyarakat ini disampaikan oleh stitchiez's Blog.. hehe..iklan jp..
Talk About AidilFitri, Family
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/25/2008 01:25:00 PM 1 Comment(s)
Saturday, September 20, 2008
Kemalasan melanda
Hmm..malasnye.. Nak buat ape pun mls je rasa... Mentang2 la arini xkeje.. huhu..
Ingat nak klua g beli brg2 nak raya.. Tapi malas... Dah la ape pun xsdia lagi nih utk raya (kelam kabut la nanti nak dekat raya..uargghh).. Tinggal 10 ari je lagi nak posa nih..
Nasib baik mak dah jahitkan baju 2,3 pasang (mak aku tukang jahit.. hehe.. best).. Psl baju raya dah xyah nak pikir dah.. Tapi yg lain2 nye ape cite..Xkan aku nak nganga je..huhh..
Iez..come on iez..
Bangun..bangun.. Jgn malas2.. Nanti xraye ko..haha.. Tu ckp dlm hati je tuh..hikss..
Jom kite shopping!!
Talk About Activity, AidilFitri, Bad Moment, Ramadhan
Posted By iℯz ғiяđaus ♥♥ 9/20/2008 11:43:00 AM 0 Comment(s)





