Friday, September 17, 2010

Kosong....

Hm..pada zahirnya org melihat aku gembira.. seperti bahagia..
Tapi gembirakah aku sebenarnya?
Entah lah.. aku sendiri tertanya2..
Pelbagai persoalan bermain di fikiranku..

Hidupku terasa kosong..
Terfikir aku sejenak memikirkan hidupku ini..
Aku mahu bahagia.. tapi bahagiakah aku?

Tiba2 aku terasa sebak..
Sedih memikirkan segala yang berlaku dalam hidup aku..
Seakan mahu menangis sepuasnya..
Tapi sudah kering air mataku ini..
Tapi semuanya sudah berlaku..
Masa takkan dapat diundur kembali..
Bahagia yg dicari.. tapi tak semestinya bahagia yg aku akan dapat..

Dugaan.. terlalu banyak dugaan..
Sekarang.. aku mengharapkan sinar kebahagiaan kembali..
Tapi kekadang aku terasa kosong..
Aku tak tahu apa yg aku patut buat.. apa yg patut aku fikir..
Buntu.. aku seperti hilang arah tuju..
Seakan aku merangkak dalam kegelapan
mencari cahaya yg menyuluh di ruangan gelapku..

Aku mengharapkan ada seseorang yg menarikku keluar dr kegelapan itu...
Dan menunjukkan bahawa masih ada cahaya kegembiraan buatku...
Hmm...


Mood: Tak tahu nak pikir apa.. (-_-)


0 Comment(s):


Blogger Templates by iezpdaus Design